
LAMAN RASMI EKSA IPGKPT
Pengenalan EKSA

EKSA merupakan singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Ia merupakan istilah baharu bagi 5S yang telah disuntik dengan elemen pembaharuan dan penambahbaikan serta disuburkan dengan penjenamaan semula program ini selari dengan perubahan dan kehendak semasa. penjenamaan semula ini dibangunkan oleh MAMPU dengan mekanisme penilaian baharu mengikut acuan tersendiri bagi meningkatkan produktiviti kerja khususnya penjawat awam dan organisasi awam.
Pelaksanaan EKSA di IPG Kampus Pendidikan Teknik ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja. Selain daripada memberikan keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja, EKSA berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standad MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi keperluan kalusa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja
Pelaksanaan EKSA yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan dan IPG Kampus Pendidikan Teknik khususnya.
Objektif EKSA
a. Mewujudkan tempat kerja yang bersih, kemas dan sistematik untuk keselesaan warga IPG Kampus Pendidikan Teknik
b. Meningkatkan kerjasama antara warga IPG Kampus Pendidikan Teknik dalam melaksanakan tugasan harian
c. Mewujudkan disiplin yang tinggi dan berhemah dalam kalangan warga IPG Kampus Pendidikan Teknik
d. Memastikan keselamatan di tempat kerja untuk setiap warga IPG Kampus Pendidikan Teknik
e. Meningkatkan mutu perkhidmatan kerja melalui penerapan budaya kaizen
Logo & Slogan EKSA

EKSA penjana persekitaran berkualiti
Poster EKSA
Lagu 5s

.png)




Lagu 5S
Ruang keliling sentiasa perhati
Yang tak perlu harus di SISIH
Biar keadaan menjadi bersih
Prinsip pertama perlu ikuti
SUSUN dan SIMPAN segala benda
Kemas sentiasa supaya rapi
Agar kerja menjadi mudah
Suasana ceria setiap hari
Di sini kami bekerja
Memegang lima prinsip tersedia
Mengorak langkah sama bersatu
Menjamin kerja bertambah mutu
Perlu SERAGAM dalam susunan
Agar indah pemandangan
SENTIASA AMAL setiap masa
Prinsip 5S menjadi panduan
Di sini kami bekerja
Memegang lima prinsip tersedia
Mengorak langkah sama bersatu
Menjamin kerja bertambah mutu
Prinsip 5S amal selalu


