
LAMAN RASMI EKSA IPGKPT
BERITA
.jpg)
MAJLIS PENGIKTIRAFAN CEMERLANG ZON AMPANGAN
10 Ogos 2022 | 3.00 pm | Dewan Kuliah
​
Majlis berlangsung dengan lancar dan meriah. Perjalanan majlis bermula dengan:
: Bacaan Doa
: Ucapan Penyelaras EKSA IPGKPT
(En. Ahmad Syakir bin Arshad)
: Ucapan Pengarah IPGKPT
(YBrs. Tuan Romai Noor bin Rabbu)
: Penyampaian Sijil & Piala
: Sesi Bergambar
​
Tahniah Zon Ampangan. Kekalkan prestasi cemerlang ini. Diharap semua Zon EKSA dapat jadikan Zon Ampangan sebagai contoh agar amalan EKSA di IPGKPT terus cemerlang.
​
Terima kasih kepada semua JK Induk dan JK EKSA IPGKPT yang memastikan majlis ini berlangsung seperti yang dirancang.
Gambar-gambar sepanjang majlis tersebut boleh dilihat di GALERI

TAKLIMAT PELAKSANAAN EKSA KEPADA PELAJAR BAHARU
4 Ogos 2022 | 9.00 am | Dewan Kuliah
Fasilitator JK EKSA IPGKPT
​
Satu taklimat pelaksanaan EKSA telah diberi kepada semua pelajar baharu -PPISMP ambilan Jun 2022. Taklimat ini telah disampaikan oleh En Fazali Hashim sebagai fasilitator JK EKSA IPGKPT. Pelajar-pelajar didedahkan dengan konsep EKSA dan peranan amalan EKSA. Dengan pendedahan ini di harap semua pelajar dapat mengamalkan EKSA sepanjang berada di kampus.

MESYUARAT JK INDUK AMALAN EKSA BIL.2/2022
17 Jun 2022 | 9.30 am | Dewan Kuliah
Semua JK Induk JK EKSA IPGKPT
​
Mesyuarat berjalan dengan lancar. JK Induk dan JK setiap zon telah membentangkan perancangan kerja dan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan. Diharap semua perancangan berjalan dengan lancar dan amalan EKSA IPGKPT pada tahun ini terus cemerlang.

MESYUARAT JK INDUK AMALAN EKSA BIL.1/2022
3 Feb 2022 | 2.30 pm | Google Meet
Semua JK Induk JK EKSA IPGKPT
​
Mesyuarat berjalan dengan lancar. Fokus untuk EKSA tahun ini ialah di Zon Gemas. Mesyuarat ini juga telah membentangkan perancangan kerja bagi JK Induk dan setiap zon. Diharap semua perancangan akan berjalan dengan lancar dan amalan EKSA IPGKPT pada tahun ini terus cemerlang.

AUDIT 3.0 ZON AMPANGAN
12 Jan 2022 | 9.00 am | Bilik Mesyuarat 2
Semua JK Audit & JK Zon Ampangan
​
Proses pengauditan berjalan dengan lancar dan aspek penambahbaikan telah dibincangkan bersama-sama.

MESYUARAT KHAS JK INDUK BERSAMA-SAMA JK ZON GEMAS
24 Jan 2022 | 9.00 am | Bilik Mesyuarat 2
Semua JK Induk dan JK Zon Gemas
​
Perbincangan:
-
JK Audit perlu sediakan perkara-perkara yang perlu dilaksanakan oleh JK Zon Gemas.
-
Bengkel dan latihan penerangan tentang EKSA diperlukan agar lebih jelas pelaksanaannya di asrama.
-
Antara isu-isu yang dihadapi ialah apabila melibatkan pelajar. Pelajar perlu berpindah bilik dan simpanan barang-barang di stor.
-
Bajet akan diberi kepada pihak asrama untuk melaksanakan EKSA.
-
Pelajar perlu diberi kesedaran tentang EKSA.
-
Fokus juga pada bilik-bilik khas seperti surau, bilik bacaan, dan lain-lain
-
JK Zon Gemas perlu sediakan Carta Berbatuan.
BERITA

EARTH HOUR IPGKPT
27 Mac 2021 | 8.30-9.30 pm
Semua Warga IPGKPT terlibat
​
JK EKSA telah mengadakan Kempen Jom Padam Suis Lampu sempena Hari Earth Hour Sedunia bermula pada pukul 8.30-9.30 malam. Semua warga IPGKPT terutama pelajar yang tinggal di asrama menyahut kempen ini dengan memadamkan suiz lampu selama sejam. Diharap kempen ini dapat diteruskan untuk menunjukkan sokongan terhadap kempen Sayangi Dunia Kita.

Audit EKSA Zon Ampangan
7 Oktober 2021
Semua auditor EKSA dan Ahli Zon Ampangan terlibat
​
Audit EKSA di Zon Ampangan telah berjaya dilaksanakan pada 7 Oktober 2021 pada pukul 9.00-5.00 petang. Proses pengauditan telah berjalan lancar dan pembentangan keputusan audit akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
​
Gambar-gambar sekitar hari pengauditan dan laporan pengauditan boleh dicapai di Tab 'Galeri' dan Bahan-Bahan EKSA'
.png)

Promosi Kesedaran Amalan EKSA
Setiap Minggu - Hari Jumaat
​
JK Promosi EKSA telah mengedarkan poster untuk meningkatkan kesedaran amalan EKSA dalam kalangan warga IPGKPT. Poster diedarkan menggunakan Whatspps Official IPGKPT setiap minggu pada hari Jumaat. JK Promosi EKSA akan menghasilkan pelbagai lagi poster untuk mempromosikan kesedaran amalan ini. Di harap dengan kaedah ini dapat meningkatkan kesedaran warga IPGKPT terhadap amalan EKSA.
​
​

Mesyuarat JK EKSA IPGKPT
23/2 dan 27/9
Semua Zon EKSA IPGKPT terlibat
​
Mesyuarat JK EKSA tetap dilaksanakan walaupun secara dalam talian bagi membincangkan perancangan dan gerak kerja EKSA bagi tahun 2021. JK EKSA memndapat sokongan penuh daripada pihak atasan IPGKPT. Mesyuarat seterusnya akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
​

KURSUS EKSA IPGKPT
1 Disember 2021 | 9.00-12.00 pm
Peserta Zon Ampangan, Zon Jelebu dan Zon Mantin
​
Kursus ini telah berjaya dilaksanakan dengan perkongsian mantap oleh En. Ruba’ie bin Said dan Pn. Hartini binti Kana sebagai penceramah. Peserta didedahkan dengan konsep EKSA dan bagaimana untuk melaksanakan EKSA di zon masing-masing. Kursus diakhiri dengan sesi soal jawab oleh para peserta. Kursus dilaksanakan dengan lancar seperti yang dirancang.

Kursus EKSA 2019
22-24 Julai 2019
INTAN Kampus Wilayah Selatan, Kluang, Johor
​
Seramai 20 orang JK EKSA IPGKPT menyertai kursus ini. En Zamri wakil dari KASTAM Negeri Melaka selaku penceramah EKSA banyak memberi input tentang pelaksanaan EKSA. Diharap kursus ini dapat dijadikan panduan untuk memantapkan lagi pelaksanaan EKSA di IPGKPT.

Gotong Royong EKSA Bil 1/2019
17 April 2019
Semua Zon EKSA IPGKPT terlibat
​
Semua warga IPGKPT menjayakan gotong royong ini dengan membuat aktiviti sisih, susun dan sapu. Gotong royong seterusnya akan diadakan lagi pada masa akan datang.

BENGKEL PENDEDAHAN EKSA SETIAP ZON
26-27 Ogos 2019
Bilik Simulasi IPGKPT
​
Seramai 25 orang wakil daripada setiap zon menghadiri kursus pendedahan EKSA pada kali ini. Penceramah bagi kursus ini ialah En Rubaie, En Syakir, Pn Masriyah dan Pn Azlin. Bengkel berjalan dengan sangat lancar. Peserta diberi pendedahan tentang EKSA dan elemen-elemen yang perlu diaudit.